May 7, 2013

ChowKit Road Musical.








Istana Budaya bakal mementaskan Teater yang didedikasikan khas buat penghibur tersohor negara, Allahyarham Sudirman Arshad menerusi Muzikal Chow Kit Road.

Teater ini di terajui :



ADIBAH NOOR



JUNJI DELFINO


SHANTHINI VENUGOPAL


NADIA AQILAH


TONY EUSOFF


ANDING AF


Pengarah Muzikal ni, SAW TEONG HIN . ala..pengarah yg buat filem HORE-HORE tu...

Teater ni akan membawa kelainan kepada penonton berdasarkan pelbagai rasa dan emosi yang dipaparkan menerusi hampir tiga jam, pementasan.

pementasan teater muzikal ini bertujuan bagi mengangkat lagu2 allahyarham Sudirman Haji Arshad yang sentiasa segar di hati peminat. Mengambil inspirasi menerusi 20 lagu Sudirman seperti Merisik Khabar, Pelangi Petang, Aku Penganggur, Basikal Tua dan Chow Kit Road. 




Muzikal Chow Kit Road mengisahkan tentang kehidupan seorang budak lelaki bernama Ilham yang menyimpan rahsia 1001 kisah perjalanan hidup manusia. Walaupun Ilham dibesarkan oleh seorang pelacur dan hidup dalam serba kekurangan, namun dia tidak disisih daripada masyarakat di sana yang mementingkan hidup bersatu padu.





Maka itu..pada peminat2 teater tanahair..moh ramai2 kita kasi penuh panggung pada 10 hingga 26 mei 2013 jam 830mlm dan setiap hari ahad ada persembahan matinee jam 3ptg di ISTANA BUDAYA..

harga tiket : RM170, RM110 & RM55


Tiket boleh beli WALK-IN di BOX OFFICE ISTANA BUDAYA atau di talian hotline : 03- 7880 7999

bolej juga beli online : www.ticketpro.com.my




kredit gambar : ROSLAN ISMAIL & ISTANA BUDAYA 




0 Nak Kata Apa?:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates