Walaupun aku bukan org SPR Tapi aku pun pikir mcm ni dr segi logic ... Korang jgn nak provokasi kan entry ni..ni negara demokrasi kan..kan..kan..suma punya hak bersuara..kan..kan..kan...So ni just pandangan dan apa yg ada dalam kepala otak aku jerk..
Setiap apa keputusan harus diterima akal...bertindak ikut fikiran...bukan melayan perasaan...
This is my last post about PRU13....this is my AKU JANJI..
post penerangan saudara Banyamin Hj Rabiee . Tentang Fitnah Penipuan PRU.
P/S : IPS juga ingin menjelaskan Pegawai pegawai yang menjaga Pusat Daerah Mengundi (termasuk lah Kerani Pengiraan) adalah DARI ORANG AWAM dari tanpa mengira Parti. Malahan secara peribadi ADMIN juga tahu beberapa penyokong PAS yang dilantik sebagai Pegawai PDM ini...
Banyamin Hj Rabiee :
Mai aku jawab pulak...
(1) Isu Bangla : sendiri cari bangla, sendiri bayar upah, sendiri tangkap, sendiri bikin kecoh, sendiri tipu, part paling bangang bila sndiri tipu pun sndiri percaya jugak! Hampeh sungguh laaaa...
Mai aku nk terangkan sikit, mula2 kosongkan kepala hotak tu dulu, jgn taksub kat mana2 parti dulu, sbb if aku explain panjang2 pun if hati korang tu dh hitam (hati pun blackout kot? Hehee...) tak gunaaaa...
Cuba check kat sekeliling korang, ada berapa ramai kawan2 korang yg ADA MYKAD tapi tak boleh mengundi sbb TIDAK MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH??? Point aku mudah, jika kawan2 korang yg udah berpuluh tahun ade mykad pun tak boleh mengundi sbb tak daftar pemilih, mcmana pulak 'bangla' (yg korang upah tu) boleh mengundi???
Tak ke bangang namanya! Itu satu point, so aku nomborkan sbg (1.1)...
Now, (1.2) pulak... Jika benar 'bangla' (yg korang upah tu!) boleh mengundi, kenapa tidak ditangkap sebaik shj 'bangla' (yg korang upah tu) selesai mengundi??? Time tu tentu lebih mudah sbb
(1.3) dakwat masih ada di jari!
(1.4) rekod pemilih sudah ditanda oleh pegawai SPR dan POLLING AGENT setiap parti!!! Tak ke bangang berganda namanye tu!!!
(1.5) Setiap saluran mengundi ada wakil drpd parti2 yg bertanding, maknanya PR ada lebih byk wakil kat dlm bilik mengundi (aku ulang, kat DALAM BILIK MENGUNDI!!!) yg mewakili PAS, PKR & DAP berbanding hanya seorang wakil drpd BN...
Dan setiap wakil ada senarai pemilih yg TELAH DIKEMASKINI SETIAP 3 BULAN, MAKNANYA DAFTAR PENGUNDI YG DIGUNAPAKAI ADALAH DAFTAR BARU BULAN MAC 2013, maknanya korang ada masa utk semak & kemukakan bantahan!
Setiap nama pengundi akan disemak namanya oleh setiap wakil parti bagi mengesahkan bahawa pengundi tersebut telahpun mengundi dan WAKIL PARTI MENGESAHKAN HANYA NAMA YG TERSENARAI SAHAJA DIBENARKAN MENGUNDI, mudah & telus, bukan?
Point aku (1.6) adalah MUSTAHIL NAMA BANGLA OR NEPAL OR MELAYU SEKALIPUN akan boleh mengundi jika namanya tiada dalam senarai pemilih tersebut... Tiada sebarang ruang utk menipu dalam situasi ini, maka...point aku adalah
(1.7) BANGLA2 TERSEBUT DIUPAH UNTUK DATANG KE PUSAT MENGUNDI SEMATA2 UNTUK DITANGKAP, BUKAN UNTUK MENGUNDI!!!! FAHAM??? Tujuannya adalah semata2 utk menimbulkan kekecohan dan persepsi bahawa kredibiliti SPR adalah diragui dan BN akan KELIHATAN cuba memanipulasikan undi, itu sahaja... Aku ulang..."Bangla2 (yg diorang upah tu) TIDAK BOLEH MENGUNDI PUN!!! Diorang dibayar utk dtg ke pusat mengundi semata2 utk ditangkap dgn tujuan menimbulkan kekecohan... Jelas, bukan?
(2.0) Isu Blackout... Untuk makluman semua yg TIDAK TAHU OR BUAT2 TAK TAHU OR YG BERLAGAK MACAM TAHU, semua UNDI adalah dikira di pusat pengundian (eg sekolah, dewan or etc) sebaik sahaja selesai tempoh mengundi jam 5.00 ptg, dan proses ini hanya dilaksanakan dalam bilik mengundi tersebut dalam keadaan bilik berkunci dgn disaksikan oleh wakil pemerhati drpd setiap parti yg bertanding TANPA CAMPUR TANGAN PIHAK LUAR TERMASUK POLIS!!!
Keputusan undian dijangka selesai sekitar jam 5.30 - 7.00 hari yg sama... Keputusan UNDIAN TERSEBUT DIKETAHUI SERTA MERTA oleh wakil setiap parti dan ianya dihantar secara online terus ke SPR Pusat... Setelah undi selesai dikira, barulah beg / karung undi tersebut di'sealed' dan borang pengesahan ditandatangani oleh pegawai SPR bertugas sebelum karung undi tersebut dihantar ke Pusat Penjumlahan Undi untuk dikumpulkan dan sekiranya ada bantahan ianya akan dikira semula...
Sepanjang proses tersebut, ianya masih dalam pemantauan wakil parti... Jadi, jika keputusan telahpun diketahui terlebih dahulu di Pusat Mengundi, tidak akan timbul isu 'blackout' or karung undi palsu melainkan jika ianya ditimbulkan oleh pihak2 yg telah menjangka akan kalah bagi menutup kelemahan dan menimbulkan kekecohan, faham? Or buat2 tak faham?
Aku bercakap sbb aku terlibat sbg pemerhati di pusat mengundi tempat aku sambil diiringi oleh wakil PAS dan PKR kat dlm tu... Jadi, sebenarnya isu ini sengaja ditimbulkan oleh makhluk2 yg TIDAK BOLEH MENERIMA HAKIKAT YG MAJORITI RAKYAT MALAYSIA TIDAK MEMILIH MEREKA, nasihat aku..."Sudah2lah...Rakyat Malaysia sudahpun memilih, muhasabahlah diri dan carilah kelemahan diri sndiri sebelum cuba menyalak mereka2 cerita yg bukan2 tentang kesalahan org lain"... Wallahu 'alam...
0 Nak Kata Apa?:
Post a Comment