May 8, 2013

RACIST ? AKU Racist ? KAU Racist ?




Pilihanraya dah pun berlalu..memasing dah mengundi..sapa yg menang juga dah tahu...Tapi biasalah pastinya masih berbunyi..Adat bertanding org kata..


Aku mulanya mmg malas nak citer psal isu politik ni...klu boleh dalam tempoh sebulan rasa malas betul nak bukak komputer,,..sebab semak duk baca segala mak nenek psal politik ni...tapi aku kena bukak jugak..psal keje aku mmg kena mengadap depan komputer..uuwwwaaaaa...


maka itu..aku terpanggil nak tulis sumthing..pendapat aku..luahan hati aku tentang politikus ini..






Dekat Twitter mahupun Facebook...suma org duk berperang..masing2 nak suarakan pendapat...suma nak tuding sini salah..sana tak betul...Malam ni plak dengarnya ada perarakan kat stadium mana ntah oleh parti pembangkang utk bubarkan balik keputusan PRU13 ni...klu tak salah aku ler..sorry aku tak tgk berita dan tak baca suratkhabar...


Sebab apa aku tak baca suratkhabar n tgk berita ? psal malas nak nengok benda yg sama..baik aku sibuk masak..jaga anak jaga laki..hehhehehe





Skang ni tgh kecoh psal isu perkauman ni..Cina kutuk Melayu...Melayu kutuk Cina..tapi lagi banyak Melayu kutuk Melayu....(melalui pembacaan aku le)


Apsal jadi camni...? kenapa suma buat provokasi camni..? tak kesian kat masyarakat dan rakyat ke..? tau tak apa akan jadi bila isu ini dibangkitkan dan di provoke camni..? aku taknak berkurung kat umah cam zaman darurat...


kerana isu ini..tetiba rakyat suma dalam paranoid..ada yg statement..'alamak aku duk kawasan cina'....yg cina plak..'jgn pegi kedai melayu'..


Padahal...kita duk kat Bumi yg satu..MALAYSIA..awat korang nak gaduh2 sampai camni skali...


Korang nak beli brg runcit..ko gi kedai melayu..ko nak repair kereta/motor ko gi kedai Cina..ko nak melepak makan sampai pagi ko pegi kedai India...

hah..bukan kita need each other ker..?!?!?!



Di FB misalnya..ramai yg meng'unfriend' disebabkan beberapa racist remarks. Ada sampai putuskan tali persaudaraan! aiyo...so this is what's become of us Malaysians. 
PRU13 has divided us. Just becoz someone has a different opinion (an maybe it was an emotional outburst) janganlah sampai menghukum mereka.
Face it..!! We are of different background. Everyone has a different set of moral values. Macamana nak unite kalau tak bertegur sapa..Macamana nak unite kalau kita tunjukkan perasaan benci kepada yg membenci...Chill people,,let us learn from each other instead of judging others.




Pada tika dan saat ini...Negara mengalami satu macam kekalutan yg ditimbulkan oleh pemimpin politik, ulama, parti pemerintah dan pembangkang. Secara fitrah sebenarnya menuntut keamanan dan perpaduan. Bukannya bersengketa camni..

Fitrah semulajadi manusia inginkan kehidupan yg aman damai kerana disitu letaknya kebahagiaan dan keharmonian yg diidamkan oleh semua manusia. Oleh itu manusia sgt inginkan PERPADUAN...lebih penting lagi bukan berbaur dengan kepentingan politik, peribadi dan sbgainya.


Memang ler..untuk jadi 1 pendapat dan berfikiran sama tak mungkin atau susah terjadi..tapi untuk BERSATU pasti takde halangan asalkan suma org bersikap jujur pada diri sendiri dan menghormati orang lain.



Our nation is facing the biggest challenge since its independence. A challenge so great that it overshadows the lives and legacy of the millions before us and will affect the lives of millions to come. The power to overcome this challenge lies within our hands. Let these hands of ours shaped the nation not bringing in down. You can do it as I can do it. Shall we stop this bleeding? ~ Shah SOVI


Sudah2 ler..citer psal benda2 ni suma..biarlah PM ke MB ke..atau org2 atasan sana yg buat keje diaorg..kita yg bawah2 ni cukup2 ler menyalak..toksah ditambah bara yg tersimpan...toksah nak menyiram air panas kat api yg marak...toksah nak PROVOKE !!!!!!!!!!!!!!


Ingat...kita ada keluarga yg kita sayang....kita ada anak yg kita belai..kita ada suami/isteri yg kita cinta...kita ada mak dan ayah yg masih blom kita balas jasanya...takkan kita nak suma ni hilang akibat dari provokasi kita dan akhirnya buat negara berantakkan berpecah belah dan tak aman lagi ????


Renung2kan..gi muhasabah diri....apapun..tuhan tu ada..Allah S.W.T telah menjadikan apa yg hendak dijadikanNYA..setiap apa yg berlaku ada hikmahnya...Setiap kejadian telah pun termaktub..wallahualam...


Well... whenever the government becomes corrupted and does not fulfil its promise, we are able to tell the PEOPLE or VOICE for the PEOPLE their concerns without PREJUDICE for the sake of "Our Nation".


Be FREE from any political cage and chain. We should be the voice of the people for we are the people!


SHARE this my fellow artistes and friends. 


OUR RIGHTS TO NOT TAKE SIDES!


Our national anthem says it all.


Negaraku

Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup, BERSATU dan maju,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, Selamat bertakhta!
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, Selamat bertakhta!



نڬاراكو، تانه تومڤهڽ دارهكو
رعيت هيدوڤ، برساتو دان ماجو
رحمة بهاڬيا، توهن كورنياكن
راج كيت، سلامت برتختا
رحمة بهاڬيا، توهن كورنياكن
راج كيت، سلامت برتختا



My country
The land where my blood has spilt
The people living UNITED and progressive
May God bestow blessing and happiness
May our King have a successful reign
May God bestow blessing and happiness
May our King have a successful reign

-IzzzieSulaiman-


Sblm aku habiskan entry aku yg panjang ni...aku ada satu PERMINTAAN yg SANGAT BESAR.....






















 


Masa sebelum pilihanraya..bukan main korang duk pacak bendera..siap sanggup panjat pokok..panjat bangunan segala tak kira bahaya...Lekat kat pokok..tempek kat tembok bagai nak rak...Selagi tak penuh..selagi tu korang gantung..berlumba nak pasang bendera parti masing2...Skang ni..tak kira ler apa parti pun...

KO BOLEH CABUT BALIK TAK SEGALA MAK NENEK BENDERA KORANG NI !!!!!

SAPA YG NAK CABUTKAN SKANG...!!!!

SEMAK KO TAU TAK....SUMA DAH BERSEPAH KAT JALAN RAYA...TUTUP TRAFFIC LIGHT...KOYAK RABAK...


BERSEPAH SUDAH NEGARA TANAHAIR AKU TERCINTA...!!!!

SEMAK...HAIISSSSHHH..!!!!!!


0 Nak Kata Apa?:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates