Apr 16, 2013

Ayam Masak Merah Ayu Style





Bahan-Bahan :

1. Ayam potong 12 (agak2) aku masak utk 5 org..

2. 1 biji bawang besar - dimayang
3. 1cm kulit kayu manis
4. 4 kuntum bungan lawang
5. 1 batang serai - diketuk
6. 125ml santan
7. Kacang peas. (taknak letak pun ok)


Bahan Kisar A :


1. 10 biji bawang merah

2. 2 ulas bawang putih
3. 2cm halia


Bahan Kisar B :


1. 15 tangkai cili kering (rebus dulu)

2.  2 biji tomato




Cara Nak Masak :


1. Goreng setengah masak ayam yg dh dilumur kunyit n garam. taknak goreng pun takpe atau taknak lumur ngan kunyit pun ok.



2. Panaskan Minyak dan tumis BAHAN KISAR A hingga naik bau.



3. kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan serai. Tumis lagi sampai wangi. 



4. Masukkan BAHAN KISAR B , tumis sampai pecah minyak.



5. Setelah tu masukkan ayam goreng dan kaup balikkan agar sekata. Biarkan mendidih.



6. Perasakan secukupnya.



7. Last skali masukkan santan. Bila dan mendidih masukkan hirisan bawang dan taburkan kacang peas..



Hasilnya Wallahhhh..!!! terbaik..!!! hehhehehehe





SAMBAL BELACAN ALA JAWA

10 biji cili padi
3 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2sm belacan (goreng atau bakar)
1-2 limau kasturi
gula & garam secukup rasa


Cara-Cara :

Kisar suma bahan hingga sebati. Then perahkan Limau dan perasakan dengan garam dan gula.


Hasilnya............







taaaddddaaaaaaaa.....!!!!!!!!!



Nak lagi sedap leh blend skali ngan sekotak kecil santan.. :)







4 Nak Kata Apa?:

Anis Zainudin said...

sedapnye >,<
lapar pulak mlm2 niey :D

ANNA MARIANA said...

wah, sedapnyaaa.... nanti boleh buatkan untuk anna k.. hihihihi

Cik JariManis said...

woah!~ ayam masak merah ayu style...nak tiru2..nnti nak buat ayam masak merah CJM & mama punya style..haha (pecah tembelang tak tau masak!) ;)

ayusyuhara said...


hahahahahah...suma boleh try..CJM..akak ni pun tak berapa nak pandai masak..try n error gak..tp sejak ada buku masakan 365 hari tu..makin seronok plak masak itu ini..hihihihihi..

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates