Mar 23, 2013

TERIMA KASIH CINTAKU






Aku memang selalu dambakan perhatian
Aku memang rasa kekurangan
Namun bukan maksudku untuk mencabar
Bukan jua ingin mengingkar
Niatku agar kau sentiasa tegar memujuk
Hati kecil ini yang ego lagi kuat merajuk 

Sememangnya ku tak suka melihat kau berpayah
Sepertimana kau tak mahu ku bersusah
Tapi sedangkan lidah lagi tergigit
Ku cuba untuk tidak menyakiti
Sekiranya ada AMPUNKAN AKU, MAAFI AKU
Tak dapat ku bayar setiap detik bahagia yang kau hadiahkan untukku

Satu purnama bahtera di layari
Walau kadang goyah dipukul badai
Hilang arah tika beliung membantai
Tapi kita teguh bersama dan akhirnya berlabuh ke pesisir pantai
Tanpa gundah kukucup dan kudakapmu
Yakin selamat selamanya selagi kau NAKHODAKU

Dengan adanya cahayamata kita ini
Semoga lebih bermakna hidup kita kini hingga akhir
Jangan pernah tinggalkan aku seorang
Tanpamu hala tujuan hidupku hilang
KERNA KU CINTA DIRIMU HINGGA KE TULANG..

Moga kita bahgia,kekal selamanya sampai ke syurga..


TERIMA KASIH CINTAKU AMIR HISHAM ALBAKRI

0 Nak Kata Apa?:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates