May 23, 2013

MELAYU KE ?!?!






Aku Melayu ?
Mak aku kasi nama Siti
Aku rasa malu
Aku tukar jadi Jen
Sebab lebih glamour
Tak macam Siti
Nama melayu, aku tak sebulu


Aku Melayu ?
Cakap pakai I-You, I-You
Saya-awak macam kampung gitu
Sori not for me I tak mahu
Kalau you hendak, up to you


Aku Melayu ?
Makan dengan tangan gelilah..
I suka pakai sudu garfu
Dekat rumah bolehlah
Tapi kat restoran,malu
Nanti semua orang tengok aku
Sialap-silap diaorg kata
I ni gelojoh you..


Aku Melayu ?
Orang melayu mata coklat gelap
I suka mata biru
I pakai Contact lens
Sekarang dah jadi biru
Otak I pun terikut ada sikit blue
Kalau ada orang ajak
Anytime I mau..


Aku Melayu ?
Of course i'm Melayu
I masih makan belacan
Walaupun i prefer keju
I masih pakai kain sarung
Walaupun I prefer tak pakai baju
I masih sambut Hari Raya
But that's becoz I don't know what else to do !


Sekali lagi I nak you all tahu
I ni masih Melayu
Tapi bukan sebarang MELAYU...




1 Nak Kata Apa?:

Unknown said...

hihi...kita melayu nie tak perlu nak tukar eh...biarlah jadi yang asli..hihi

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates