May 26, 2013

BintangMencariBintang-Minggu ke 10



Kalau Minggu lepas...kita dh tgk 3 kumpulan udah tersingkir n tak dapat mara ke semifinal..minggu ni akan ada 3 penyingkiran lagi...siapakah mereka..?


Kumpulan A yg berjaya ke semifinal.... achey, Bowl & Tapaw



Kalau ikut pada carta mingguan kumpulan B ni... Bocik protege pd sifu Afdlin Shauki menjuarai carta diikuti TItan di tempat kedua dan Ajo di tempat ketiga..adakah mereka akan trus kekal dan mara ke semifinal ?

Hah..susah nk jangka..sbb mcm2 benda leh berlaku..


Minggu ni yg akan beraksi adalah Awok, XOXO, Titan, Ajo, Bocik dan Gegau..skang suma tgh rehearsal bersungguh2 demi memberikan persembahan terbaik utk mlm ni..kalah menang dah x jadi isu..suma berusaha nk berikan persembahan yang menghiburkan penonton..


Biasa le kan..adat pertandingan..ada kalah ada menang..takkan suma nk angkat jadi juara ye dak..mana yg tersingkir tu, ni bukan end of the journey..ni baru mukadimah..jadikan program ni 1 platform utk menonjolkan diri..org kata promote..kat luar ni..byk benda lagi kena belajar..maka keep on belajar le..


Honestly bila aku tgk bebudak ni berlatih hari ni buat aku sedih..diaorg sgt memberikan komitment yg terbaik..walaupun kat luar sana ada yg tak suka group ni yg suka group tu..mereka tetap bersatu hati..sahabat selamanya..

Akak harap adik2 akak ni suma enjoy buat show mlm ni..jgn nervouskan psal pertandingan sgt..fikirkan utk kasi penonton gelak n happy2 gitu..


So korang...jgn lupa tgk persembahan pelapis2 pelawak kita dalam rancangan BintangMencariBintang mlm ni jam 930mlm hanya di TV3... 

May 24, 2013

Hanya Di Malaysia ??



Sebelum ku memulakan bicara..apakata korang tgk video ni terlebih dahulu...ecewahhhh...








heheheh,,,,then tgk video ni plak..plzzzz.. :p








Betul kan...perkara ni seringkali terjadi kat kita...dah terang2an nmpk kita buat apa..lagi mau tanya...


Kang bila jawab cara sarcasm mula ler sentap..tapi tu ler realitinya..


ya..fikir positif, maybe tu cara nak mulakan perbualan..psal malu/segan/tak tau nak cakap apa...tapi agak-agak ler weeiii...elok2 ko nak mulakan perbualan trus dapat penyepak..hahahhahaha..


Gurau2 jerk kay..jgn ada yg terasa.. :p







May 23, 2013

MELAYU KE ?!?!






Aku Melayu ?
Mak aku kasi nama Siti
Aku rasa malu
Aku tukar jadi Jen
Sebab lebih glamour
Tak macam Siti
Nama melayu, aku tak sebulu


Aku Melayu ?
Cakap pakai I-You, I-You
Saya-awak macam kampung gitu
Sori not for me I tak mahu
Kalau you hendak, up to you


Aku Melayu ?
Makan dengan tangan gelilah..
I suka pakai sudu garfu
Dekat rumah bolehlah
Tapi kat restoran,malu
Nanti semua orang tengok aku
Sialap-silap diaorg kata
I ni gelojoh you..


Aku Melayu ?
Orang melayu mata coklat gelap
I suka mata biru
I pakai Contact lens
Sekarang dah jadi biru
Otak I pun terikut ada sikit blue
Kalau ada orang ajak
Anytime I mau..


Aku Melayu ?
Of course i'm Melayu
I masih makan belacan
Walaupun i prefer keju
I masih pakai kain sarung
Walaupun I prefer tak pakai baju
I masih sambut Hari Raya
But that's becoz I don't know what else to do !


Sekali lagi I nak you all tahu
I ni masih Melayu
Tapi bukan sebarang MELAYU...




May 21, 2013

Gemuk Itu Hodoh ?






"Beauty Is In The Eye Of The Beholder"

Pandai mat salleh reka perumpamaan tu kan..Melayu ada tak ayat penyedap hati camtu ? Aku try gak cari..tapi aku tak jumpa..anybody ..?


Adalah satu pembohongan bila seseorg tu mengatakan GEMUK ITU CANTIK...Gemuk adalah hodoh ok..?!?! opsss..jgn nak nafikan hookkaayy...Takde pun Ratu Cantik yg gemuk...American Next Top Model pun memana yg berbadan gempal dipinggirkan..hurrmmm..memilih utk gemuk bermakna bersedia dengan layanan kelas kedua..

Gemuk adalah hodoh..Tengok badan sendiri kat cermin terasa cam nak muntah...

Pandangan makhluk bernama manusia ni terkadang senget sebelah..Pantang nampak org yg gemuk mula ler beri perhatian yg sangat tak wajar..contoh kehadiran orang gemuk di gym...tak layak ker diaorg nak gi bersenam...

Aku memilih utk menikmati KELAZATAN MAKANAN..aku memilih MAKAN untuk melepaskan tekanan..sbb tu aku yakin bakal menyediakan makanan yg sedap dan lazat utk suami, anak-anak tak kira ler anak kucing mahupun anak tekak..tapi makanan yg lazat menjadikan AKU GEMUK..kononnya jadikan aku TIDAK SIHAT..

MAKAN vs DIET

Gemuk = tidak sihat

Kurus = Sihat ke ?


Istilah yg mengatakan org gemuk tak sihat adalah istilah BERAT SEBELAH..Org slalu cakap taknak gemuk sebab takut di cop tidak sihat..sedangkan aku rasa ramai yg takut gemuk sbb takut jadi HODOH..

Aku makan beras Basmathi tanpa kanji..Minyak aku guna Minyak Canola..Masakan aku takde sebijik pun campur MSG..aku tak suka makanan yg manis..klu buat air pun..tak pernah skali aku guna susu pekat cap junjung..air aku suma manis buah..Aku tak minum air bekarbonat..jarang guna marjerin..aku selesa dgn mentega..

Maka kenapa sekarang Aku nak kena diet ? adakah aku nak jadi sihat ? atau sebenarnya aku takut jadi hodoh ?

Hermmm...Kurus itu cantik..Kalau kurus org akan kata sihat walaupun yg tersembunyi adalah bau muntah dan pandangan jelik pada tubuh badan sendiri..Penyakit yg tersemadi tanpa disedari, Anorexia Nervosa..

Jika masih ada lelaki yg kata 'Walaupun ko gemuk,tapi ko cantik..kecantikkan sebenar datang dari hati..'..semua tu palsu..semua tu kata2 penyedap..kalau tak apsal diaorg pun mencari bakal teman hidup yg kecil genit,lansing dan nisbah portionnya seimbang ?

Kesian Wanita...Dari zaman jahilliah hingga sekarang, masih jadi alat..walaupun kebanyakkan masa wanita itu sendiri yg merelakan...


Ok..aku nak gi makan salad....hahahahahhahahaahha..poyo tak..?!?!?!?!?!!?!?


May 19, 2013

Bintang Mencari Bintang - Minggu 9



Minggu ni..Bintang Mencari Bintang kembali lagi..tapi kali ni akan ada 3 penyingkiran..siapa le agaknya yg akan terkeluar..sapa plak yg akan mara ke pusingan seterusnya...hah !!

Masing2 duk layan stress, nervous, perut penuh butterfly...tp perjuangan kena teruskan gak demi mencapai impian dan cita-cita..perghhh..dasat tak ayat aku..ngeh..ngeh..ngeh..




Mlm ni yg akan beraksi adalah adalah kumpulan A .. Tocai, Achey, Tapaw, Big Too, Bowl dan Kelawak..Camner persembahan diaorg mlm ni ? Sketsa best ke idak ? Lagu ...? 

Hah !!! Aku yg tgh duk tgk fulldress rehearsal ni pun nervous..duk terfikir adik2 aku yg mana akan terkeluar ni..sedih plak..skali 3 tu...



Sifu-sifu apatah lagi..suma dah jalankan tanggungjawab mereka dgn penuh ikhlas..turunkan ilmu sebyk yg mungkin...agar pelapis2 pelawak negara ni dapat menjadi penghibur yg berjaya bila kuar dr program ni nnt..

Suma mengharapkan anak2 didik mereka berjaya dan jadi penghibur yg berilmu bukan mengejar glamour semata2....


Kitaorg hanya leh tolong bagi semangat jerk le kat adik2 ni..bagi nasihat mana yg boleh..bagi guide mana yg perlu..dunia seni ni, amnya nk jadi selebriti ni mmg penuh pancaroba..kalau x teguh iman mmg boleh sesat jalan..

Harapan aku biarlah adik2 ni berada di landasan yg betul..jangan tersasar di selekoh jalan..


So jangan lupa tgk program Bintang Mencari Bintang mlm ni kul 9mlm hanya di TV3...Undi peserta-peserta pilihan anda..mana yg layak kekal dan yg mana x layak beraksi lagi..

Selamat terhibur ! :)




-update 'live' dr SriPentas 2, Shah Alam-

May 18, 2013

ChowKitRoad ! ChowKitRoad !




Sempena hari Ibu hari tu..En.Suami telah membuat suprise dgn menghantar 1 parcel..aku ingat ada aku beli brg online yg kantoi..hahahahahah (bahana beli brg sorok2)..rupa2nya 2 tiket Muzikal Teater ChowkitRoad ! Yeayyyy..!! Gile happy...walaupun ku di offer byk tiket free..tp suma aku tolak psal nak beli..nk support kengkawan beraksi..


So 17hb mlm..dgn penuh excited...meredah jammed...hari jumaat kan.....heheheheheh..rupanya mmg en suami dh wat plan siap2..dh ada yg jaga anak..maka laki bini leh dating dgn tenang..gitu...



Allahyarham Dato Sudirman Haji Arshad adalah ikon yg dikenali, dihormati dan disegani di pelosok dunia..Bagi memperingati beliau, karya2 allahyarham telah diangkat menjadi sebuah naskhah yang eksklusif utk dipentaskan dan dipersembahkan kpd umum..

Naskhah yg dipentaskan telah memilih 20 lagu2 popular allahyarham dimana ada diantaranya yg jarang kita dengar..



Owhh..tapi teater ni bukan menceritakan atau berkisahkan tentang allahyarham..teater ni mengisahkan kehidupan pemuda bernama Ilham anak seorg pelacur yg dibesarkan di Chowkit..nak tau lebih lanjut..sila ler dtg tgk erkkk...

Kalau dulu aku yg beraksi di pentas Istana Budaya..tp pd kali ini..aku plak yg jadi penonton..honestly..aku sgt2 terhibur..sampai mengalir airmata bila scene meruntun jiwa..

Kalau tgk pd barisan pelakon, mmg tkde yg 'crowd puller'..Anding,Nadia Aqilah,Tony Eusof, Adibah Noor, Junji Delfino n Shantini.. Jadi penonton mmg x ramai..kalau letak Aaron Aziz..perghhh giler penuh panggung walaupun citer.........hermmmm..

Tapi percayalah..walau pelakon2 ini bukan crowd puller, lakonan mereka sgt mantap..apatah lagi memasing bole menyanyi dgn baik..penuh pengjiwaan..aku tabik pada Anding..byk yg dah dia improve..

Susunan muzik pun bagus..sound sedap..harmoni..mmg terlayan ler kita kat kerusi penonton tu..

Ensemble...dlm byk2 pementasan yg aku dh tgk..n aku sendiri pun pernah get involve..bole dikatakan muzikal ni punyai ensembel yg terbaik..suma pandai memainkan karekter masing2..tak lari dari landasan atau syok sendiri..

Yg paling utama..aku suka 'kesatuan' yg ada pada para pemain pementasan ini..sangat bonding..hingga apasaja kelemahan yg ada, kita x nmpk..


So..Aku Dah !!! korang !????....

Moh le pakat2 dtg tgk..bukan senang nak tgk Adibah Noor menari..nak tgk Tony Eusof menyanyi..hanya kat pementasan teater ni jerk korang leh tgk suma tu..dannnnn..kak dibah tak bawak watak komedi...hehehhehehe..

Aku jamin korang tak bosan..mmg muzikal teater ni best,,

Jommm..diaorg masih beraksi sampai 26 mei ni..









May 17, 2013

Anak Di Bunuh ? China Kejam !






Undang2 kat china memang kejam..hanya satu saja boleh pilih..lagi 11 kena bunuh..jom baca lebih lanjut kat bawah..:(

Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!




Oh mai..!!! terkedu aku baca kisah ni..slalu aku dgr kengkawan aku yg khawin dah berapa thn susah nak dapat anak..ada yg ambik anak angkat psal teringin sgt nak anak...tapi ada jugak negara yg sanggup campak anak...kat negara kita sendiri pun ramai betul yg sanggup buang anak..


rasa giler sedih...tau tak pengorbanan seorg ibu yg mengandung..9 bln beb..!! dengan berat badan kita yg tak tertanggung..nak tampung berat bayi lagi dalam perut..ada alahan..setiap minit duk muntah..nak makan itu takde selera..kepingin makan ini tak jumpa...takleh tido mlm..kaki lenguh dan bengkak...pinggang sakit rasa cam nak patah....


Beranak nak meneran sampai putus segala urat..kalau bedah habis di lapah perut..berpantang 100 hari..ko ingat tak seksa ke..!!! ayoyo..!!! senang2 ko nak buang anak tu...ngilu perut aku bila baca benda2 ni suma tau tak..!!???


Aku tau setiap satu negara tu lain2 peraturannya..nak2 kat negara China..jumlah penduduknya ramai..tapi tergamak sungguh sampai kena bunuh nyawa bayi tu..

habis tu yg kat negara kita ni..apa cer plak..?! takde kisah ko nak anak brapa org..tp ada gak yg sanggup tanam anak hidup2 lah...buang tong sampah le...buang kat jamban ler...dah tak waras ke..??!!


serius aku masih tercari2 jawapan kenapa org sanggup buang anak..atas desakan hidup ? sebab terlanjur takut parent takleh terima ? 

walau apapun alasannya..aku tetap takleh terima..byk cara lain yg boleh ko selesaikan..dari ko buang..baik ko letak di rumah kebajikan..atau ko bagi pada keluarga yg nakkan anak...


Jangan nak main sedap..tapi dah jadi benih ko taknak plak..


belajar ler hukum agama dgn lebih mendalam dik ooiii....jangan berzina..mmg ko lena dlm hasutan kesedapan...tapi bila dah jd cenggini..acaner..?! cer cite..cer cite..


Nauzubillah...!!!


Sorry ..aku sgt Emo..!!





May 15, 2013

Sanggar Lebaran Dato Siti Nurhaliza





Ramadhan pun blom..apatah lagi Syawal..tapi aku dah sibuk ngan program2 Raya..Minggu ni layan beku kat RTM 3 hari..

Sapa peminat tegar Dato Siti Nurhaliza..moh dtg ramai2 kasi penuh panggung Auditorium Perdana (Angkasapuri,RTM) mlm ni (15 Mei 2013) jam 830mlm..tp klu nak dapat tempat duduk best..dtg ler awal erkk.. 




Ni program utk Hari Raya..Maka itu..nak dtg tgk..sila pkai baju raya anda yg cantik2 tu..klu dah ada baju raya thn ni yg dah siap di tempah..leh ler melaram awal..heheheheheheh..

Apa yg menarik..Dato Siti akan berduet ngan Nabil dan jugak adik serta kakaknya iaitu Saerah dan Saidah...

Ada lagi yg menarik utk peminat tegar Dato Siti...Korang akan dapat dengar dulu lagu single terbaru Datu Siti 'Lebih Indah'...blom kuar kat mana2 radio lagi hookkaayyy...!!! So sapa yg dtg mlm ni..akan dapat dengar dulu..exclusive tak ?!?!?! Pada pendengaran telinga aku..mmg lagu single terbaru Dato Siti ni..best giler babas..segar jerk melodi lagunya..damai jerk..hehehehehe..




Hah..apalagi...cepat aaarrr gi bersiap...aku tunggu korang dtg erk...hehehehehhe


ni hadiah utk korang..n khas juga buat Lelaki Ini ...ahakss..








Ngan Anak NABIL...MIKAYLA..comel kan...

May 13, 2013

Blog Seks ?





Sepanjang Minggu ni..Selain sibuk menguruskan keje harian Bintang Mencari Bintang

aku Skang juga tgh menguruskan beberapa Show utk recording Raya..baik utk RTM dan juga TV3...ya..bln puasa pun blom..dah nak kena record Raya nyer program...

Mmg skang suma program raya kena start record sebelum bulan puasa menjelang..kalau dulu..mang aaiii...sepanjang bulan puasa duk penuh jadual ngan program raya...


skang ni aku bukan nk citer psal puasa atau raya...tgk gambo2 ni dulu...



 
 
 
 



Korang nampak apa yg aku highlight kan...nampak..kan..kan..kan...

Maka blog aku dah jadi pencarian bahan2 seks..miahahhahahahhahah....

Bila nengok ni..aku gelak besar..ko dah kenapa duk cari Budak Batang Besar ni...yg tak tahan tu ada gak Gambar Batang Panjang ngan Batang Besar Best Blog...aiyooo..!!!

Sebesar manakah pencarian korang itu...hermmmm..im wonder..????...ngeh..ngeh..ngeh..


Gitu ler kan...bila dh ada teknologi ni..segala informasi leh dapat di hujung jari jerk...ko taip jerk apa yg terlintas di kepala...tanya Pakcik Google..maka terpampang segala...mudah bebenor..akak yg risau..

Camno kita nak pantau segala benda ni supaya anak2 kita tak terjebak...huiisshhh..nmpk gayanya...aku kena haramkan anak aku main komputer kot..haiisshhh...risau mak ni hah dik non...!!!!


Yang aku takleh blah...Konek Budak Remaja...WHAATTTT.....!!!!????? ada perbezaan ke anu kome ngan bebudak remaja ?!?!..tapi kenapa itu yg kome cari...?!?!?!


aku nak gi hantuk kepala kat dinding jap.....





May 12, 2013

Bintang Mencari Bintang - Minggu 8







Entry lintas lansung dari SriPentas 2 Shah Alam...Dah seminggu rehat psal beri laluan pada minggu pilihanraya..maka skang mereka kembali beraksi..ecewaahhh..

Minggu ni..kumpulan B akan tunjukkan sketsa diaorg ngan artis undangan pilihan masing2..

Ada Sathiya, Amyza Adnan, Yus Jambu, Dina, Fafau dan paling otai Rusminah Sidek...


Jadi camne minggu ni..adakah Bochik dapat mengekalkan kehebatan mereka di atas pentas kali ini..adakah gandingan mantap mereka bersama Rusminah Sidek bakal mencuit hati juri dan juga penonton..?



 



Apapun..memasing dh mengalami ketegangan..sbb minggu depan dh ada penyingkiran..maka memasing kena ler menaikkan mata/markah memasing...

Aku plak yg rasa sedih..dh hampir 2 bln aku ngan bebudak ni suma..dh macam adik2 sendiri..tiap2 hari duk melayan diaorg buat lawak jerk..Setiap kali masa rehearsal..Tawa dan gelak aku sgt berharga utk diaorg...hahhahahahahah...


So korang jgn lupa saksikan mlm bsok kul 9mlm di TV3 hookkaayyy...!! Bagi sokongan pd adik2 Bintang Mencari Bintang ni..Undilah peserta yg anda suka..






May 10, 2013

Ibu, Mak, Mama, Ummi, Mummy ...



ku nak share video ni..utk ingatan pada diriku dan juga teman2 blogger suma...










Aku sayang Mak Aku..Aku sayang Mak Mertua Ku..

Doaku agar mereka diberkan kesihatan dan dipanjangkan usia..Moga mereka berdua diberkati.


Doaku juga agar anak ku AMIR HARITH ALBAKRI menjadi insan yang berguna..Yang menghormati kedua org tuanya..menghormati agama, bangsa dan negaranya..Menjadi anak yang soleh..menjadi anak yg berjaya dunia dan akhirat..


Mummy dan Daddy sentiasa sayang kan Harith walau apapun terjadi..Moga Harith menjadi anak yang mendengar kata..sentiasa menjadi anak yang bertanggunjawab..


owwhhh..banyak sungguh harapan mummy :(








Setiap Hari Adalah HARI IBU utk saya...

Love Mak & Mummy every second, every minute, every hour & every Day..






May 9, 2013

BlackOut ? Bangla ?





Walaupun aku bukan org SPR Tapi aku pun pikir mcm ni dr segi logic ... Korang jgn nak provokasi kan entry ni..ni negara demokrasi kan..kan..kan..suma punya hak bersuara..kan..kan..kan...So ni just pandangan dan apa yg ada dalam kepala otak aku jerk..

Setiap apa keputusan harus diterima akal...bertindak ikut fikiran...bukan melayan perasaan...

This is my last post about PRU13....this is my AKU JANJI..


Salamun Alaik, 

Atas Permintaan ramai, ADMIN post penerangan saudara Banyamin Hj Rabiee . Tentang Fitnah Penipuan PRU.

P/S : IPS juga ingin menjelaskan Pegawai pegawai yang menjaga Pusat Daerah Mengundi (termasuk lah Kerani Pengiraan) adalah DARI ORANG AWAM dari tanpa mengira Parti. Malahan secara peribadi ADMIN juga tahu beberapa penyokong PAS yang dilantik sebagai Pegawai PDM ini...

Banyamin Hj Rabiee  :

Mai aku jawab pulak...
(1) Isu Bangla : sendiri cari bangla, sendiri bayar upah, sendiri tangkap, sendiri bikin kecoh, sendiri tipu, part paling bangang bila sndiri tipu pun sndiri percaya jugak! Hampeh sungguh laaaa... 

Mai aku nk terangkan sikit, mula2 kosongkan kepala hotak tu dulu, jgn taksub kat mana2 parti dulu, sbb if aku explain panjang2 pun if hati korang tu dh hitam (hati pun blackout kot? Hehee...) tak gunaaaa...

 Cuba check kat sekeliling korang, ada berapa ramai kawan2 korang yg ADA MYKAD tapi tak boleh mengundi sbb TIDAK MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH??? Point aku mudah, jika kawan2 korang yg udah berpuluh tahun ade mykad pun tak boleh mengundi sbb tak daftar pemilih, mcmana pulak 'bangla' (yg korang upah tu) boleh mengundi??? 

Tak ke bangang namanya! Itu satu point, so aku nomborkan sbg (1.1)... 

Now, (1.2) pulak... Jika benar 'bangla' (yg korang upah tu!) boleh mengundi, kenapa tidak ditangkap sebaik shj 'bangla' (yg korang upah tu) selesai mengundi??? Time tu tentu lebih mudah sbb 

(1.3) dakwat masih ada di jari! 

(1.4) rekod pemilih sudah ditanda oleh pegawai SPR dan POLLING AGENT setiap parti!!! Tak ke bangang berganda namanye tu!!! 

(1.5) Setiap saluran mengundi ada wakil drpd parti2 yg bertanding, maknanya PR ada lebih byk wakil kat dlm bilik mengundi (aku ulang, kat DALAM BILIK MENGUNDI!!!) yg mewakili PAS, PKR & DAP berbanding hanya seorang wakil drpd BN... 

Dan setiap wakil ada senarai pemilih yg TELAH DIKEMASKINI SETIAP 3 BULAN, MAKNANYA DAFTAR PENGUNDI YG DIGUNAPAKAI ADALAH DAFTAR BARU BULAN MAC 2013, maknanya korang ada masa utk semak & kemukakan bantahan! 

Setiap nama pengundi akan disemak namanya oleh setiap wakil parti bagi mengesahkan bahawa pengundi tersebut telahpun mengundi dan WAKIL PARTI MENGESAHKAN HANYA NAMA YG TERSENARAI SAHAJA DIBENARKAN MENGUNDI, mudah & telus, bukan? 

Point aku (1.6) adalah MUSTAHIL NAMA BANGLA OR NEPAL OR MELAYU SEKALIPUN akan boleh mengundi jika namanya tiada dalam senarai pemilih tersebut... Tiada sebarang ruang utk menipu dalam situasi ini, maka...point aku adalah

 (1.7) BANGLA2 TERSEBUT DIUPAH UNTUK DATANG KE PUSAT MENGUNDI SEMATA2 UNTUK DITANGKAP, BUKAN UNTUK MENGUNDI!!!! FAHAM??? Tujuannya adalah semata2 utk menimbulkan kekecohan dan persepsi bahawa kredibiliti SPR adalah diragui dan BN akan KELIHATAN cuba memanipulasikan undi, itu sahaja... Aku ulang..."Bangla2 (yg diorang upah tu) TIDAK BOLEH MENGUNDI PUN!!! Diorang dibayar utk dtg ke pusat mengundi semata2 utk ditangkap dgn tujuan menimbulkan kekecohan... Jelas, bukan?
(2.0) Isu Blackout... Untuk makluman semua yg TIDAK TAHU OR BUAT2 TAK TAHU OR YG BERLAGAK MACAM TAHU, semua UNDI adalah dikira di pusat pengundian (eg sekolah, dewan or etc) sebaik sahaja selesai tempoh mengundi jam 5.00 ptg, dan proses ini hanya dilaksanakan dalam bilik mengundi tersebut dalam keadaan bilik berkunci dgn disaksikan oleh wakil pemerhati drpd setiap parti yg bertanding TANPA CAMPUR TANGAN PIHAK LUAR TERMASUK POLIS!!! 

Keputusan undian dijangka selesai sekitar jam 5.30 - 7.00 hari yg sama... Keputusan UNDIAN TERSEBUT DIKETAHUI SERTA MERTA oleh wakil setiap parti dan ianya dihantar secara online terus ke SPR Pusat... Setelah undi selesai dikira, barulah beg / karung undi tersebut di'sealed' dan borang pengesahan ditandatangani oleh pegawai SPR bertugas sebelum karung undi tersebut dihantar ke Pusat Penjumlahan Undi untuk dikumpulkan dan sekiranya ada bantahan ianya akan dikira semula... 

Sepanjang proses tersebut, ianya masih dalam pemantauan wakil parti... Jadi, jika keputusan telahpun diketahui terlebih dahulu di Pusat Mengundi, tidak akan timbul isu 'blackout' or karung undi palsu melainkan jika ianya ditimbulkan oleh pihak2 yg telah menjangka akan kalah bagi menutup kelemahan dan menimbulkan kekecohan, faham? Or buat2 tak faham? 

Aku bercakap sbb aku terlibat sbg pemerhati di pusat mengundi tempat aku sambil diiringi oleh wakil PAS dan PKR kat dlm tu... Jadi, sebenarnya isu ini sengaja ditimbulkan oleh makhluk2 yg TIDAK BOLEH MENERIMA HAKIKAT YG MAJORITI RAKYAT MALAYSIA TIDAK MEMILIH MEREKA, nasihat aku..."Sudah2lah...Rakyat Malaysia sudahpun memilih, muhasabahlah diri dan carilah kelemahan diri sndiri sebelum cuba menyalak mereka2 cerita yg bukan2 tentang kesalahan org lain"... Wallahu 'alam...

 post penerangan saudara Banyamin Hj Rabiee . Tentang Fitnah Penipuan PRU.

P/S : IPS juga ingin menjelaskan Pegawai pegawai yang menjaga Pusat Daerah Mengundi (termasuk lah Kerani Pengiraan) adalah DARI ORANG AWAM dari tanpa mengira Parti. Malahan secara peribadi ADMIN juga tahu beberapa penyokong PAS yang dilantik sebagai Pegawai PDM ini...

Banyamin Hj Rabiee :

Mai aku jawab pulak...
(1) Isu Bangla : sendiri cari bangla, sendiri bayar upah, sendiri tangkap, sendiri bikin kecoh, sendiri tipu, part paling bangang bila sndiri tipu pun sndiri percaya jugak! Hampeh sungguh laaaa...

Mai aku nk terangkan sikit, mula2 kosongkan kepala hotak tu dulu, jgn taksub kat mana2 parti dulu, sbb if aku explain panjang2 pun if hati korang tu dh hitam (hati pun blackout kot? Hehee...) tak gunaaaa...

Cuba check kat sekeliling korang, ada berapa ramai kawan2 korang yg ADA MYKAD tapi tak boleh mengundi sbb TIDAK MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH??? Point aku mudah, jika kawan2 korang yg udah berpuluh tahun ade mykad pun tak boleh mengundi sbb tak daftar pemilih, mcmana pulak 'bangla' (yg korang upah tu) boleh mengundi???

Tak ke bangang namanya! Itu satu point, so aku nomborkan sbg (1.1)...

Now, (1.2) pulak... Jika benar 'bangla' (yg korang upah tu!) boleh mengundi, kenapa tidak ditangkap sebaik shj 'bangla' (yg korang upah tu) selesai mengundi??? Time tu tentu lebih mudah sbb

(1.3) dakwat masih ada di jari!

(1.4) rekod pemilih sudah ditanda oleh pegawai SPR dan POLLING AGENT setiap parti!!! Tak ke bangang berganda namanye tu!!!

(1.5) Setiap saluran mengundi ada wakil drpd parti2 yg bertanding, maknanya PR ada lebih byk wakil kat dlm bilik mengundi (aku ulang, kat DALAM BILIK MENGUNDI!!!) yg mewakili PAS, PKR & DAP berbanding hanya seorang wakil drpd BN...

Dan setiap wakil ada senarai pemilih yg TELAH DIKEMASKINI SETIAP 3 BULAN, MAKNANYA DAFTAR PENGUNDI YG DIGUNAPAKAI ADALAH DAFTAR BARU BULAN MAC 2013, maknanya korang ada masa utk semak & kemukakan bantahan!

Setiap nama pengundi akan disemak namanya oleh setiap wakil parti bagi mengesahkan bahawa pengundi tersebut telahpun mengundi dan WAKIL PARTI MENGESAHKAN HANYA NAMA YG TERSENARAI SAHAJA DIBENARKAN MENGUNDI, mudah & telus, bukan?

Point aku (1.6) adalah MUSTAHIL NAMA BANGLA OR NEPAL OR MELAYU SEKALIPUN akan boleh mengundi jika namanya tiada dalam senarai pemilih tersebut... Tiada sebarang ruang utk menipu dalam situasi ini, maka...point aku adalah

(1.7) BANGLA2 TERSEBUT DIUPAH UNTUK DATANG KE PUSAT MENGUNDI SEMATA2 UNTUK DITANGKAP, BUKAN UNTUK MENGUNDI!!!! FAHAM??? Tujuannya adalah semata2 utk menimbulkan kekecohan dan persepsi bahawa kredibiliti SPR adalah diragui dan BN akan KELIHATAN cuba memanipulasikan undi, itu sahaja... Aku ulang..."Bangla2 (yg diorang upah tu) TIDAK BOLEH MENGUNDI PUN!!! Diorang dibayar utk dtg ke pusat mengundi semata2 utk ditangkap dgn tujuan menimbulkan kekecohan... Jelas, bukan?
(2.0) Isu Blackout... Untuk makluman semua yg TIDAK TAHU OR BUAT2 TAK TAHU OR YG BERLAGAK MACAM TAHU, semua UNDI adalah dikira di pusat pengundian (eg sekolah, dewan or etc) sebaik sahaja selesai tempoh mengundi jam 5.00 ptg, dan proses ini hanya dilaksanakan dalam bilik mengundi tersebut dalam keadaan bilik berkunci dgn disaksikan oleh wakil pemerhati drpd setiap parti yg bertanding TANPA CAMPUR TANGAN PIHAK LUAR TERMASUK POLIS!!!

Keputusan undian dijangka selesai sekitar jam 5.30 - 7.00 hari yg sama... Keputusan UNDIAN TERSEBUT DIKETAHUI SERTA MERTA oleh wakil setiap parti dan ianya dihantar secara online terus ke SPR Pusat... Setelah undi selesai dikira, barulah beg / karung undi tersebut di'sealed' dan borang pengesahan ditandatangani oleh pegawai SPR bertugas sebelum karung undi tersebut dihantar ke Pusat Penjumlahan Undi untuk dikumpulkan dan sekiranya ada bantahan ianya akan dikira semula...

Sepanjang proses tersebut, ianya masih dalam pemantauan wakil parti... Jadi, jika keputusan telahpun diketahui terlebih dahulu di Pusat Mengundi, tidak akan timbul isu 'blackout' or karung undi palsu melainkan jika ianya ditimbulkan oleh pihak2 yg telah menjangka akan kalah bagi menutup kelemahan dan menimbulkan kekecohan, faham? Or buat2 tak faham?

Aku bercakap sbb aku terlibat sbg pemerhati di pusat mengundi tempat aku sambil diiringi oleh wakil PAS dan PKR kat dlm tu... Jadi, sebenarnya isu ini sengaja ditimbulkan oleh makhluk2 yg TIDAK BOLEH MENERIMA HAKIKAT YG MAJORITI RAKYAT MALAYSIA TIDAK MEMILIH MEREKA, nasihat aku..."Sudah2lah...Rakyat Malaysia sudahpun memilih, muhasabahlah diri dan carilah kelemahan diri sndiri sebelum cuba menyalak mereka2 cerita yg bukan2 tentang kesalahan org lain"... Wallahu 'alam...



May 8, 2013

RACIST ? AKU Racist ? KAU Racist ?




Pilihanraya dah pun berlalu..memasing dah mengundi..sapa yg menang juga dah tahu...Tapi biasalah pastinya masih berbunyi..Adat bertanding org kata..


Aku mulanya mmg malas nak citer psal isu politik ni...klu boleh dalam tempoh sebulan rasa malas betul nak bukak komputer,,..sebab semak duk baca segala mak nenek psal politik ni...tapi aku kena bukak jugak..psal keje aku mmg kena mengadap depan komputer..uuwwwaaaaa...


maka itu..aku terpanggil nak tulis sumthing..pendapat aku..luahan hati aku tentang politikus ini..






Dekat Twitter mahupun Facebook...suma org duk berperang..masing2 nak suarakan pendapat...suma nak tuding sini salah..sana tak betul...Malam ni plak dengarnya ada perarakan kat stadium mana ntah oleh parti pembangkang utk bubarkan balik keputusan PRU13 ni...klu tak salah aku ler..sorry aku tak tgk berita dan tak baca suratkhabar...


Sebab apa aku tak baca suratkhabar n tgk berita ? psal malas nak nengok benda yg sama..baik aku sibuk masak..jaga anak jaga laki..hehhehehe





Skang ni tgh kecoh psal isu perkauman ni..Cina kutuk Melayu...Melayu kutuk Cina..tapi lagi banyak Melayu kutuk Melayu....(melalui pembacaan aku le)


Apsal jadi camni...? kenapa suma buat provokasi camni..? tak kesian kat masyarakat dan rakyat ke..? tau tak apa akan jadi bila isu ini dibangkitkan dan di provoke camni..? aku taknak berkurung kat umah cam zaman darurat...


kerana isu ini..tetiba rakyat suma dalam paranoid..ada yg statement..'alamak aku duk kawasan cina'....yg cina plak..'jgn pegi kedai melayu'..


Padahal...kita duk kat Bumi yg satu..MALAYSIA..awat korang nak gaduh2 sampai camni skali...


Korang nak beli brg runcit..ko gi kedai melayu..ko nak repair kereta/motor ko gi kedai Cina..ko nak melepak makan sampai pagi ko pegi kedai India...

hah..bukan kita need each other ker..?!?!?!



Di FB misalnya..ramai yg meng'unfriend' disebabkan beberapa racist remarks. Ada sampai putuskan tali persaudaraan! aiyo...so this is what's become of us Malaysians. 
PRU13 has divided us. Just becoz someone has a different opinion (an maybe it was an emotional outburst) janganlah sampai menghukum mereka.
Face it..!! We are of different background. Everyone has a different set of moral values. Macamana nak unite kalau tak bertegur sapa..Macamana nak unite kalau kita tunjukkan perasaan benci kepada yg membenci...Chill people,,let us learn from each other instead of judging others.




Pada tika dan saat ini...Negara mengalami satu macam kekalutan yg ditimbulkan oleh pemimpin politik, ulama, parti pemerintah dan pembangkang. Secara fitrah sebenarnya menuntut keamanan dan perpaduan. Bukannya bersengketa camni..

Fitrah semulajadi manusia inginkan kehidupan yg aman damai kerana disitu letaknya kebahagiaan dan keharmonian yg diidamkan oleh semua manusia. Oleh itu manusia sgt inginkan PERPADUAN...lebih penting lagi bukan berbaur dengan kepentingan politik, peribadi dan sbgainya.


Memang ler..untuk jadi 1 pendapat dan berfikiran sama tak mungkin atau susah terjadi..tapi untuk BERSATU pasti takde halangan asalkan suma org bersikap jujur pada diri sendiri dan menghormati orang lain.



Our nation is facing the biggest challenge since its independence. A challenge so great that it overshadows the lives and legacy of the millions before us and will affect the lives of millions to come. The power to overcome this challenge lies within our hands. Let these hands of ours shaped the nation not bringing in down. You can do it as I can do it. Shall we stop this bleeding? ~ Shah SOVI


Sudah2 ler..citer psal benda2 ni suma..biarlah PM ke MB ke..atau org2 atasan sana yg buat keje diaorg..kita yg bawah2 ni cukup2 ler menyalak..toksah ditambah bara yg tersimpan...toksah nak menyiram air panas kat api yg marak...toksah nak PROVOKE !!!!!!!!!!!!!!


Ingat...kita ada keluarga yg kita sayang....kita ada anak yg kita belai..kita ada suami/isteri yg kita cinta...kita ada mak dan ayah yg masih blom kita balas jasanya...takkan kita nak suma ni hilang akibat dari provokasi kita dan akhirnya buat negara berantakkan berpecah belah dan tak aman lagi ????


Renung2kan..gi muhasabah diri....apapun..tuhan tu ada..Allah S.W.T telah menjadikan apa yg hendak dijadikanNYA..setiap apa yg berlaku ada hikmahnya...Setiap kejadian telah pun termaktub..wallahualam...


Well... whenever the government becomes corrupted and does not fulfil its promise, we are able to tell the PEOPLE or VOICE for the PEOPLE their concerns without PREJUDICE for the sake of "Our Nation".


Be FREE from any political cage and chain. We should be the voice of the people for we are the people!


SHARE this my fellow artistes and friends. 


OUR RIGHTS TO NOT TAKE SIDES!


Our national anthem says it all.


Negaraku

Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup, BERSATU dan maju,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, Selamat bertakhta!
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, Selamat bertakhta!



نڬاراكو، تانه تومڤهڽ دارهكو
رعيت هيدوڤ، برساتو دان ماجو
رحمة بهاڬيا، توهن كورنياكن
راج كيت، سلامت برتختا
رحمة بهاڬيا، توهن كورنياكن
راج كيت، سلامت برتختا



My country
The land where my blood has spilt
The people living UNITED and progressive
May God bestow blessing and happiness
May our King have a successful reign
May God bestow blessing and happiness
May our King have a successful reign

-IzzzieSulaiman-


Sblm aku habiskan entry aku yg panjang ni...aku ada satu PERMINTAAN yg SANGAT BESAR.....






















 


Masa sebelum pilihanraya..bukan main korang duk pacak bendera..siap sanggup panjat pokok..panjat bangunan segala tak kira bahaya...Lekat kat pokok..tempek kat tembok bagai nak rak...Selagi tak penuh..selagi tu korang gantung..berlumba nak pasang bendera parti masing2...Skang ni..tak kira ler apa parti pun...

KO BOLEH CABUT BALIK TAK SEGALA MAK NENEK BENDERA KORANG NI !!!!!

SAPA YG NAK CABUTKAN SKANG...!!!!

SEMAK KO TAU TAK....SUMA DAH BERSEPAH KAT JALAN RAYA...TUTUP TRAFFIC LIGHT...KOYAK RABAK...


BERSEPAH SUDAH NEGARA TANAHAIR AKU TERCINTA...!!!!

SEMAK...HAIISSSSHHH..!!!!!!


Template by:
Free Blog Templates